Friday 14 September 2012

PERMUAFAKATAN IBU BAPA PELAJAR PMR 2012 (PERFECT SCORE)

Pemilihan calon "Perfect Score" yang telah dipilih oleh sekolah telah memulakan langkah yang pertama dengan mengadakan pertemuan antara ibu bapa pelajar. Program yang berlangsung pada hari ini Jumaat (14/09/2012) telah diadakan di bilik Iltizam pada pukul 8.30pagi. Program ini dirasmikan oleh pengetua SMK Tan Sri Osman Mohd Saat, Pontian Iaitu Pn Lili Maznah bt Tajul Ariffin selaku pengerusi dan dibantu oleh penolong kanan En. Rosman Bin Bachok dan disertai oleh guru-guru kanan setiap matapelajaran. Antara beberapa input yang terdapat dalam program adalah pembentangan Audit Akademik, sesi motivasi, sesi dialog, ikrar pelajar serta para jemputan dihidangkan dengan jamuan ringan.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
go top google+ page facebook twitter rss