LOGO SEKOLAH






Bulatan Bujur
Berazam menuntut ilmu dan beramal dengan tiada sempadan dan berterusan.

Bintang 8 bucu
Diubahsuai daripada motif Arabesque (motif hiasan dinding bangunan senibina Islam). Motif ini membawa makna "Tiada permulaan dan tidak ada akhirnya". Belajar, bekerja, dan berbakti tiada hentinya/penamat - terus menerus. Dari segi Islam - Tuhan tiada permulaan dan tiada kesudahan. Bintang juga merupakan anugerah atau darjat kebesaran dalam hidup. Objek kosmos di langit yang tinggi melambangkan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi.

Buku
Lambang ilmu yang menjadi panduan hidup

Rehal
Menyokong penuh ilmu yang menjadi panduan hidup.

Banner
Objek buatan manusia. Manusia dengan izin Allah boleh membina, membuat, dan mengolah. Ilmu diperolahi dan digunakan untuk kemanusiaan.

Motto : AZAM ILMU AMAL
Berazam menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh dan mengamalkan hidup yang baik, suci dan bersih daripada segala kemungkaran.

Warna Biru
Latar belakang warna biru melambangkan keindahan, kelembutan, keamanan dan ketenteraman. Warna putih melambangkan kesucian dan keadilan. Warna ini juga membawa maksud pihak sekolah sedaya upaya menyediakan peluang dan ruang pembelajaran yang kondusif, adil dan bersih kepada murid.

Tahun 2001
Menandakan tahun sekolah ini mula dibuka iaitu pada 1 Januari 2001

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
go top google+ page facebook twitter rss