VISI DAN MISI

falsafaH pendidikan kebanGSaan

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu  untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kerharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


Visi sekolah

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera



MISI SEKOLAH

Melestari Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara



MATLAMAT SEKOLAH

1.             Memastikan sistem pengurusan dan pentadbiran dijalankan dengan cekap, telus dan berkesan
2.             Memberi pendidikan yang seimbang, berkualiti dan menyeluruh kepada semua murid
3.             Melahirkan insan yang berakhlak mulia dan beriman supaya sejahtera hidup di dunia dan di akhirat
4.             Memberi peluang kepada setiap individu  mengambil bahagian cergas dalam bidang kokurikulum
5.             Melengkapkan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana yang kondusif

6.             Mewujudkan hubungan komuniti yang positif dan harmoni

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
go top google+ page facebook twitter rss