Thursday, 4 October 2012

MAJLIS PERLETAKAN DAN PERLANTIKAN JAWATAN PENGAWAS





Bertempat di laman Minda hadapan Sekolah pada 1 oktober 2012 telah berlangsung satu acara sempena perlantikan pengawas yang baru dan perletakan jawatan pengawas yang lama. Majlis disempurnakan oleh Pengetua SMK Tan Sri Osman Mohd Saat iaitu Puan Lili Maznah Binti Tajul Ariffin. Majlis berlangsung dengan ucapan watikah perletakan jawatan pengawas oleh ketua pengawas 2011/2012 disertai dengan ucapan pengetua, diteruskan dengan penyampaian sijil perletakkan jawatan dan cenderamata  kepada pengawas lama dan disudahi dengan bacaan ikrar oleh lantikan pengawas yang baru bagi lantikan 2012/2013. Tahniah diucapkan kepada pengawas yang baru dilantik dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pengawas yang lama di dalam menjalankan tugas pembantu guru.

0 comments:

Post a comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
go top google+ page facebook twitter rss