Thursday, 22 August 2013

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN MERDEKA RAYA


Pada hari sabtu yang lepas bertarikh 26/08/2013 SMK Tan Sri Osman Mohd Sa'at telah mengadakan julung-julung kalinya sambutan perayaan yang diadakan oleh pelajar-pelajar. Sambutan ini disediakan oleh para pelajar mengikut kelas masing-masing dan diketuai oleh guru kelas bersama jawatankuasa kelas. Pada hari sambutan tersebut, pelajar telah didedahkan cara bagaimana untuk mengelolakan majlis terutamanya majlis Maraban bagi setiap kelas. Pada hari tersebut juga, majlis patriotik sempena sambutan bulan kemerdekaan telah diadakan. Ini bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara di samping untuk memeriahkan majlis dengan sambutan hari raya puasa 2013. Guru-guru dan kakitangan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengelola setiap kelas kerana menghidangkan jamuan yang sangat menyelerakan untuk santapan kami semua. Diharapkan majlis ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun akan datang dan pihak mai juga mengucapkan selamat hari raya kepada semua

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

 
go top google+ page facebook twitter rss